Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan, bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai.<br /><br />Sehubungan itu, FINAS menggalakkan persatuan dan syarikat berminat mengemukakan permohonan.
